radar

Monday, December 22, 2014

Wafiy dah setahun

Pic pertama wafiy dalam kandungan...1st time p cek doktor kt klinik swasta..
Alhamdulillah...disahkan mengandung.~2 bln
Dijangka 19.12


3.12.2014...genap la umur setahun.....
Bila umur wafiy setshun baru teringat yg mykid dia blum ada...bila p JPN..cadang nak tuntut mykid dia,.rupanya masa dia didaftarkan kelahiran , mykid tu di'stop'kan seketika utk naik taraf...so memang x ada buat la masa tu....padan la takde resit utk tuntut mykid tu.....tu pasal la boleh lupa langsung padal mykid ni.....
Jadi mama disarankan untuk isi borang buat mykid....emmm....hebat wafiy sebab p sendiri JPN utk buat mykid sempena birthday dia.....hehehe..


O.T.W ke JPN 


Awal tahun 2015,jan...kecik2 dh p KLIA


Tuesday, December 16, 2014

Crab rolls

RESEPI SOS PENCICAH THAI:
BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4  cawan cuka.
1/2 sudu  besar (tbsp) garam.
1  sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau  selama  1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.


DEPA TENGAH GULUNG ISI KETAM DENGAN KULIT POPIA....rajin..rajin

Wednesday, December 3, 2014

Puding roti kukus

Dah lamanya tak update blog..memang masa tidak memgizinkan....masa terlalu terhad dgn pelbagai aktiviti biasa di rumah dan di sekolah.
Cuti sekolah pun belum tentu dapat peluang ni,,ye la wafiy tengah nak ligat ..dh nk mula berjalan..

Buat resepi ni kebetulan ada lebihan roti lepas buat aiskrim goreng...rugikan kalau tak buat sesuatu...nak makan gitu je alamat aku sorang la yang kena bagi perabih.....

Ini resepinya...tapi aku buat 1/2 sukatan je...sebab susu ada separuh je..pastu gula aku tukar dgn susu krimer

PUDING ROTI KUKUS
Bahan-bahan :
6 keping roti  dipotong kecil-kecil
375ml susu cair
2 biji telur
3 sudu  gula
1sudu teh esen vanilla
1 sudu  butter cup
kismis

Cara-cara:
Gaul gula, telur dan esen vanilla, kacau rata. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang. Adunan  tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis Kukus  selama 25 minit dengan api sederhana. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tara....
seperti  n3 dulu aku kata menu ni bukan la memenuhi citarasa aku...tapi buat semata nak bagi roti habis. So layanzz je la..

Ni pulak adalah rupa roti goreng yg aku buat xdan nak potong  dan ambil gambar sebab semua masa ni nak berebut ambik bahagian depa.

Monday, November 3, 2014

11 bulan...wafiy mula ligat naik tangga

Cukup 11 bulan hari ni.kemahiran lain yg wafiy dpt ialah berjalan jarak 3 kaki. Dia berlatih sendiri dari sofa  ke sofa...ke meja makan..kagum mama dgn anak sorang ni..berani dan berdikari..

Kalau naik tangga dulu mcm xberapa  sangat...sampai tangga 1 dia turun balik. Tapi hari ligat sungguh nak naik sampai atas.

Satu lagi pasal bab makan...dialah yg paling berselera. Kalau kita makan depan dia tak bagi mesti dia nangis. Apa saja kita suap semua dia nganga. Alhamdulillah..senang pasal bab ni

Kalau dia merajuk dia akan buat badan lembik dan suka lentukkan kepala ke belakang ..nasib2 kena la lantai..terantuk..alahai si comel mama.

Baru ni hantar mtiah balik kampung..singgah kt batu feringgi..abg dan kakak minta mandi laut...layanzz je la..wafiy x boleh mandi..just tengok je..

Hai saya dh 11 bulan...

Sunday, October 5, 2014

Wafiy dh 10 bulan

10 bulan 2 hari dahhh... amik pic ni di rumah baru selepas kembali dari majlis korban hari raya haji

Wednesday, September 24, 2014

Monday, August 18, 2014

Semangat bercucuk tanam kian berkobar

13.8.14... aku bersama k.gee mengutip segala anak pokok n bijih benih di taman sains untuk ditanam di rumah baru.  Malam tu juga balik kampung n tanam. Ni hasil kutipan...


.....termasuklah  anak pokok bunga kantan (tak nampak dalam gambar).....yang sekarang harganya melambung...sampai rm 5 sebatang......

Macam2 wafiy belajar


16.8
dalam usaha untuk merangkak 

7.8.14
Percubaan mmerangkak

23.8.14 (sabtu)
Kali pertama cuba nk berdiri tapi tp tp ... usaha dia kerabat Katil





3.9.14
Wafiy dah 9 bulan


3.9.2014


18.9...mandi
Masa ni dah pandai duduk



ni pic pertsma dia duduk
14.9

30.9
Saja ambil pic ni nk tunjuk bawah bibir tu merah.Mula ingat sbb bg makan bubur ayam...jd gatal tapi bila dlm seminggu ni tak bg bubur ayaM...jadi jugaK.... Try google
Tapi xda info.... 



6.9.14 k.yu yg amik pic kt rmah mtiah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List