radar

Wednesday, December 3, 2014

Puding roti kukus

Dah lamanya tak update blog..memang masa tidak memgizinkan....masa terlalu terhad dgn pelbagai aktiviti biasa di rumah dan di sekolah.
Cuti sekolah pun belum tentu dapat peluang ni,,ye la wafiy tengah nak ligat ..dh nk mula berjalan..

Buat resepi ni kebetulan ada lebihan roti lepas buat aiskrim goreng...rugikan kalau tak buat sesuatu...nak makan gitu je alamat aku sorang la yang kena bagi perabih.....

Ini resepinya...tapi aku buat 1/2 sukatan je...sebab susu ada separuh je..pastu gula aku tukar dgn susu krimer

PUDING ROTI KUKUS
Bahan-bahan :
6 keping roti  dipotong kecil-kecil
375ml susu cair
2 biji telur
3 sudu  gula
1sudu teh esen vanilla
1 sudu  butter cup
kismis

Cara-cara:
Gaul gula, telur dan esen vanilla, kacau rata. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang. Adunan  tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis Kukus  selama 25 minit dengan api sederhana. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tara....
seperti  n3 dulu aku kata menu ni bukan la memenuhi citarasa aku...tapi buat semata nak bagi roti habis. So layanzz je la..

Ni pulak adalah rupa roti goreng yg aku buat xdan nak potong  dan ambil gambar sebab semua masa ni nak berebut ambik bahagian depa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List