Assalamualaikum....selamat hari raya....dan selamat menunaikan ibadah puasa dibulan syawal.
Lama dah x buat kek. Buat ni pun sebab kena paksa denga Harith.
Buat kali ni dpt 4 tingkat xmacam haritu. Boleh tegok kat sini http://farnas7661.blogspot.com/2012/12/kek-baldu-merah-aka-rvc.html?m=1. Tapi hiasannya xda..mtopping semata2..n itupun cukup2 makan je toppingnya. Nk buat hiasbungapun xcukup. 1 hal lagi memang xdan..maka jd la kek ala kadar je sebab babypun dah nangis2...
RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian
5 biji telur gred B......DSS 4 biji je
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle...
2 cawan gula kastor....len kali DSS nak kurangkan...manis bangat...
4 sudu makan pewarna Red Bright - DSS 2 sudu
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam-
1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makanNOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.-
No comments:
Post a Comment