radar

Monday, April 23, 2012

Musibah itu satu dugaan dari Nya...

Hari ini genaplah seminggu rumah pak tam terbakar...Kejadian ini berlaku pada 17.4.2012 (selasa).Kami mendapat tahu pada jam 5.30 petang apabila Sarah menelefon pakcik(suamiku)...Masa tu rumah dah musnah dijilat api termasuklah rumah suamiku yang berjiran disebelah (tapi didiami oleh anak saudaranya)...Pada masa kejadian kami berada di sekolah membuat persediaan untuk gerai jualan (Hari Kokurikulum)..dan pulang ke rumah jam 5 petang..Ketika mengambil anak di rumah pengasuh(bercadang untuk menggunting rambut mereka) suami mendapat panggilan tersebut..Lantas kami berubah haluan terus ke tempat kejadian (Sungai Labu Atas, Tanjung Piandang).
 Inilah rumah suamiku yang pernah kami diami selama 2 tahun sebelum berpindah ke Bagan Serai. Tingkat atas bahagian kayu habis dijilat api...Itupun yang lain selamat sebab bomba sempat memadamkan api yang sebelum marak ke bahagian lain.
Ini rumah paktam (rumah pusaka keluarga mertua)..tak dapat diselamatkan kerana api terlalu marak apatah lagi masa tu musim panas dan angin agak kuat...Takziah buat Pak Tam sekeluarga..

Berita mengenai kebakaran ini mendapat liputan dari suratkhabar METRO dan SINAR  bertarikh 19.April 2012...(belum scan lagi)...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List