Menu ini disediakan pada hari ke 2 terakhir bulan Ramadhan...resipinya diambil dari Myresipi.com....
hari tu pertama kali buat sup tulang.resepi dia mmg sedap dan power...al-kisah suamiku dan rakan2 sekolah share seekor lembu untuk hari raya ni...jadi x perlulah pi market cari daging..Memang dah lama daging x dijadikAN MENU UTAMA SEMASA HARI RAYA SEBAB mak tak makan daging.....
AYUH....sesiapa yang suka makan sup tulang, ikuti resipi ini....memang best...
Sup tulang
Bahan-bahan:
1kg tulang rusuk lembu
4 biji ubi kentang - dipotong 4 (X masuk pun)
air secukupnya
1 sup bunjut tulang
2 tangkai daun sup - diracik
bawang goreng
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil jintan putih - disangai & ditumbuk
1/2 sudu kecil jintan manis - disangai & ditumbuk
1 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Bahan2 penumis:
4 biji buah pelaga - diketuk
1cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
cara:
1. rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut
2. masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk
3. sementara itu panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar, bahan2 tumbuk, sup bunjut tulang dan bahan2 penumis sehingga naik bau
4. tuangkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi
5. masukkan garam secukup rasa dan kacau rata
6. akhir sekali masukkan daun sup dan bawang goreng
7. angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment