radar

Tuesday, May 30, 2017

ROTI JOHN

Bahan-bahan ( utk 10 kpg roti. Sosej,)

1 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus...syah guna pun  tak apa yang ni sebab masih ada stok dalam peti sejuk

1 keping (200g) daging cincang ramlly

2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*xbuh pun
5 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris

Roti sosej (10 keping) beli kt kedai 1M/
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu) ,beli 2 pek
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam – kalau nak letakCara penyediaan bahan utama
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk

Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.

Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan…  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List