radar

Sunday, January 27, 2013

MEE UDANG ...Kuali berasap..!!!!!!

2 camb tepung jagung}dibancuh dengan sedikit air utk pekatkan kuah


Hari ni betul2 malas nak masak makan tengahari.Sebabnya malas nak pikir   menu apa yang sesuai untuk lauk pauk. Lauk pauk mesti match pulak... baru la makan nasi berselera. Ermm ....senang cite aku memang xda selera nak makan nasi arini...dok pikir2 selera tekak ni, last2 datang idea masak mee udang ni. Lagipun dok teringat dalam esbok ada sambal mee sanggul yang tak habis... haa.. boleh guna terus.. tak membazir, cuma kena tambah sedikit bahan lain.

MEE udang ni...sedappppp...jangan tak percaya...menjadi gak pakai sambal lebihan mee sanggul yang aku buat dalam n3 lepas. Pernah tak makan MEE UDANG BERASAP kat Sungai Baru, Kuala Kurau..,. 
Perak ya.. Rasa dia  lebih kurang camtu lah...hehehe...cuma mee udang aku berasap dalam kuali je.

ni utk encik bos, udang semua besau2

ni utk aku, pakai pinggan  bebudak je....utk encik bos tak leh la, kita kna memuliakan suami

Jadi kat sini aku nukilkan resipinyer .ikut  olahan aku.  Sebab pasni nak buat lagi...takkan nak tunggu sambal mee sanggul kut...


Resepi Mee Udang kuali berasap!!

Mee Kuning (500g)
Udang Harimau
Telur ...pecahkan dalam kuah, 1/2 msk@ 3/4, then angkat
sayur sawi...(lupa nak beli)

BAHAN UTK KUAH
1Biji kentang yg kecil,rebus hingga empuk 
2 biji tomato, kisar
3 @ 4 sdb cili kisar...agak2
6 ulas bawang putih dikisar
8 ulas bawang merah dikisar
2cm belacan,.kisar.. optional....dlm resipi org lain ada buh sos ikan...
2 sb udang kering dikisar halus

BAHAN PENAMBAH RASA
Sos cili samano.....1/2 botol
4 camb sos tomato...maggi
Serbuk pati ayam.......(xda stok plak, but still ok)
Gula....aku letak 2@ 3 camb
Garam secukupnya

Minyak utk menumis

HIASAN
cili merah,limau kasturi
daun sup n daun bawang yg dihiris halus, bawang goreng.

Cara-cara:-
1. blend ubi kentang dah direbus dengan sedikit air,bersama tomato buah .
2. tumis bawang putih,merah,belacan hingga kuning,masukan cili kisar,udang kering...sampai naik minyak.
3. masukkan kentang dan tomato yg di blend,Leh tambah air utk kuah yg lbh.Biarkan sebentar,
3. masukkan semua bhn PENAMBAH RASA,pas mendidih  masukkan udang.Biarkan udang  masak  dan angkat ke dalam pinggan.Tutup api, nak hidang baru la letak *telur mata,cili merah,limau kasturi,daun sup dan bawang dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List