radar

Friday, July 20, 2012

waffle sedap dan best punye

Salam selamat pagi....Assalamualaikum semua....hari ini hari syak....memang dah tak boleh berpuasa dah...kalau sapa2 yang tak dapat nak menghabiskan puasa ganti tu kena la qado puasa tu selepas raya ni dengan bayaran fidyah sekali....
Apa2pun saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua, moga-moga kita berpuasa dengan roh(bak kata ustaz kazim)....Hayatilah bulan puasa ini dengan amalan-amalan yang mulia.




Nak cerita sikit....pasal semalam..disebabkan puasa nak makin hampir, kekawan semua buat pot luck di bilik guru..aku pun join sekali..Hari tu masa beli acuan waffle dari kak CTZ dia kata nak rasa waffle tu...
Hari tu la masa terbaiknya nak bagi rasa ,,, rasa yang tengah panas la,,,kalau dah sejuk tak sedap la plak.. Jadi aku bawa sekali dengan acuan maker,,,buat terus kat situ...Ooopss jangan salah paham plak...masa tu tengah free...takde kelas..Masa tu bawa adunan dah siap dari rumah ikut resipi sebelum ni...Dapat la kekawan rasa sorang sedikit...(10 keping je)

Balik rumah plak aku yang tengah semangat ni (anak kat rumah pengasuh tengah tido lagi  !!!).terus buat adunan lain utk waffle.Pakai resipi kat bawah ni..

WAFFLE



• 2 cups sifted flour

• 3 teaspoons baking powder

• 1 tablespoon sugar

• 1/2 teaspoon salt

• 3 eggs, separated

• 1 1/2 cups milk(sebaiknya 1 3/4- 2 cawan-supaya mudah dituang)

• 5 tablespoons melted shortening


Terjemahan : Faridah @ Deli sweetsour
Hasil : 14 keping

1. Ayak dan campurkan semua bahan kering.Ketepikan dulu
2. Pukul putih telur sehingga kaku (stiff).....macam buat kek chiffon tu....ketepi dan biarkan dulu...
3. pukul kuning telur , masukkan susu dan shortening ke dalam telur. pukul lagi hingga rata.
4. Masukkan adunan 3 ke dalam 1. pukul lagi hingga adunan lembut.
5. Masukkan adunan telur putih tadi....kaup balikkan......siaplah batter waffle...
6. masukkan ke dalam acuan waffle.Masak hingga keperangan...

Hari ni.....
Separuh adunan masih berbaki semalam, simpan dalam peti sejuk dan boleh buat untuk pagi ni...dapat tujuh keping lagi..
Jadi bekal ni untuk anak kat rumah pengasuh...
resipi ni lebih sedap dan ala-ala waflle gardenia....lebih sedap dimakan begitu saja.

1 comment:

  1. salam kunjung balas dari akak... sedapnya waffle tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List