radar

Sunday, July 18, 2010

Rencah 3 in 1

Hari ni just nak cerita 1 cerita yang dah berlalu...hari Rabu yang lepas (14.Julai 2010).....Hari Rabu tu panitia kami nak buat pertandingan menghias kek...tapi selepas waktu sekolah(waktu kokurikulum-sempena bulan TEKVO)...Hari yang sama juga guru pembangunan nak periksa bumbung bilik ERT yang telah dimakan anai2....Dan yang ketiga pula aku ada temujanji dengan PK Pentadbiran tepat 7.30 pagi...tapi aku tak tau apa tujuan PK ingin berjumpa...dalam hati aku ni mesti pasal bumbung yang nak runtuh tu ataupun pasal kewangan PIBG...Tapi bila dah sampai aku lihat bukan aku sorang je yang ada t.janji dgn PK...tapi ada 5 orang termasuk aku...suspen juga...Rupa-rupanya apa yang aku sangkakan meleset sama sekali...bukan berkaitan bumbung/PIBG....Sebenarnya beliau nak umumkan aku adalah antara 8 orang guru dan kakitangan yang mendapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)...mmg suspen sebab selama ni aku tak pernah pun termimpi2 utk mendapatkan APC...Janji aku jlnkan tanggungjawab...tapi bila pentadbir nak bagi tu...alhamdulillah...
Tak seronok asyik cerita je....nak tunjuk gambar pertandingan hias kek ...aku masuk juga sebagai peserta kategori guru....tak pandai pun bantai jelah....






ini kek pemenang no 1....Cikgu Zoul...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List