radar

Saturday, July 19, 2014

Ayam masak kicap


AYam MASAK KICAP

SUMBER: my resepi


Bahan-bahan 

1/2 ekor Ayam

1 1/2 inch halia

2-3 Ulas bawang putih

1 sb jintan manis (Jintan Besar)

3-4 cili padi hijau (terpulang kepada tahap kepedasan masing2)

1/2 inch kunyit

6 sb Kicap Manis

2 sb sos tiram

2 sb sos cili

1 biji bawang holland dipotong bulat (guna yg jenis ni sbb rasa nye manis berbanding bawang bombay)

2-3 biji cili merah utk hiasan (tp optional sekiranya x cukup pedas)

minyak utk menumis

garam

gula


Cara-cara

Potong kan ayam kecil-kecil lebih kurang 2 inch)..basuh..toskan air..kemudian ketepikan.

Sediakan bahan untuk perapan.. - Satukan cili hijau, kunyit, halia, jintan & bwg putih (tumbuk , nk blend pun bole)

kemudian masukkan bahan perapan td kedalam ayam yg siap ditos td..perap kan selama 15 - 30 minit

panaskan minyak, masukkan ayam yg telah siap diperap td

kemudian masukkan kesemua bahan2 sos td.jika terlalu pekat.blh masukkan sedikit air.

Kemudian masukkan cili merah (terpulang kpd anda sama ada nk potong or nk masuk sebiji2) saya masukkan sebiji2.bila nk tmbh pedas picit je cili tu..

perasakan..garam,gula, aji (saya x pakai aji sbb sos tiram tu dh berperisa)

Last sekali..masukkan bawang yang telah dihilis bulat td..masak la sehingga layu sedikit..lepas tu blh la di angkat & di hidangkan

Resepi lain pulak kali ni......

Ni hasilnya....saya tambah daun limaupurut....eqmm.. menyelerakan..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List