radar

Monday, November 5, 2012

Majlis Anugerah Gemilang 2012- Aku Calon SPM ke ....???


Alhamdulillah...bila diberitahu olek PK 1 aku akan menerima anugerah untuk subjek Ert, terkejut gak...katanya untuk peringkat daerah kerian...bila ditanya untuk apa... PK1 pun tak tau...
untuk SPM 2011 kut...(dalam hati)
Bila tiba hari tu...sesampai je kat Dewan Merdeka, Parit Buntar dalam suasana hujan lebat, aku pun beratur panjang untuk mendaftar...Pastu barulah aku tau anugerah tu untuk Trial 2012..Wow... untuk trialpun ada anugerah ya...

Apa-apapun terima kasih pada PPD KERIAN kerana menganjurkan majlis seumpama ini. Sebenarnya majlis ini bertujuan memberi anugerah kepada guru-guru yang telah memberikan sumbangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain aku, k.sainah dan kak tun turut menerima anugerah. Tapi disebabkan mereka tidak dapat hadir, jadi PK T6 hadir sebagai wakil. Untuk anugerah koko c.zomri dan c. Redzuwan yang dapat...Tahniah kawan-kawan ...

Ayat dalam sijil ni ... bila baca balik macam aku calon SPM...hahaha
itupun perasan bila kak long cakap bila mama ambik SPM?

bersama cikgu SMK  Bagan Serai, Pn. Norizah, guru kimia


BERSAMA  PK T6(wakil c.zaitun  & c.sainah)..kanan dan cikgu SMK Kerian..guru fizik




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List