radar

Saturday, April 10, 2010

PERTANDINGAN MEMASAK DAERAH KERIAN 2010

Aku terima ...andai itu takdirnya..

"kak pah kita datang dengan harapan, tapi pulang dengan kehampaan..." inilah kata2 yang terpacul dari mulutku apabila melihat kelemahan peserta memasak kali ini...mmg membuatkan aku 'frust' betul-betul...."."inilah adat bertanding"...kata cikgu disebelahku....Aku tahu semua tu...biasalah mesti ada yang menang dan kalah...tapi yang membuatkan aku terkilan...apa yang ditegur,diingatkan oleh guru kepada peserta..semasa latihan seolah-olah tak diguna pakai...sedih juga...sedangkan masa latihan 'ok'...

Memang hebat perancangan yang dibuat utk tahun ni..pilihan resipi yang terbaik...guru praktikal turut memberi sumbangan tenaga menyiapkan prop 1 Malaysia...Cikgu Latipah dan C. Azmi juga byk membantu....tapi itulah...sudah takdir namanya...yang penting aku dah buat yang terbaik....





Aku terima ...andai itu takdirnya..



bergambar bersama peserta dan Azmi (perancang layout)...



sekarang aku dah boleh terima ...apa yang dikatakan oleh Ketua hakim..membuatkan aku akur masih terdapat kelemahan pada kumpulan kami...Tapi apa yang menyejukkan hati aku...apabila hakim menyatakan resipi SMKAI memang unik berbanding dengan sekolah yang lain...tapi nak buat macam mana...aku memang sedari tahu peserta kali ni amat... 'slow'.Itupun disebabkan masalah teknikal yang tak terduga.....aku harap mereka(peserta) dapat menghargai peluang(menjadi peserta) yang telah aku berikan dan seterusnya dapat mengaplikasikan segala pembelajaran ini dalam kehidupan..


Aku begitu setuju dengan pemenang pilihan hakim.Hakim memang arif dan adil...Ketua Hakim..dr SMKAI sendiri..Cik Hjh. Hamidah...


inilah ketua Hakim-Cik Hjh. Hamidah...semasa memberi komen..


Inilah keputusannya....

tempat ke 3- SMK. PANGLIMA BUKIT GANTANG

JOHAN- SMK.GUNUNG SEMANGGOL



NAIB JOHAN- SMK SERI PERAK

Moga kami guru-guru dan semua peserta khasnya.. menganggap hari ini merupakan satu pembelajaran baru dan akhirnya dijadikan pengalaman yang berguna untuk dimanfaatkan pada masa hadapan...SEMANGAT KAMI TAKKAN LUNTUR...








dapat naik pentas terima sijil untuk pelajar...kira ok la tu....hehe...


ini adalah antara 11 buah sekolah yang bertanding......










3 comments:

  1. x pe...thn depan cuba lagi...

    ReplyDelete
  2. harap2 sesiapa yang singgah ke ruangan ini sudi memberi komen....at least dapatlah kita berkongsi mengenai pertandingan ini..dan siapakah gerangannya di sana...........ingin ku mengetahuinya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List