radar

Wednesday, April 14, 2010

krim puff daddy...


saiznya cuma sebesar camb...tapi lepas masuk dlm oven dia naik sekali ganda...
klu nak cantik pakai la piping...tapi kalau takde pakai camcapun boleh untuk membentukkannya.


nilah hasilnya...bhgn yang perang tu sedap..sebab teksturnya rangup..
klu buat/ adun sebesar camt pun ok jugak...cepat dimasak dan rangup..



pastu kena dibelah dua untuk masukkan inti...hasil yang elok apabila dibelah bahagian dalammya kosong dan ringan...bahagian tulah nanti akan dimasukkan inti...

Macam-macam inti boleh masuk...inti krim mock,krim kastard....yang ini aku gunakan inti krim kastard...rasanya ok...tapi lagi best dengan inti krim mock


inilah kuih kegemaran suami aku......
aku suka nak buat je...nak makan tu taklah sangat...
sesuai untuk hidangan petang...

Ini resipinya :
sumber : Modul Katering & Penyajian T4

Cream Puff /pastry choux
Bahan-bahan:
Pastry
• 75g tepung gandum- diayak
• 50g butter-suhu bilik, potong 1cm
• 2 biji telur(100g)
• 125ml air
• ¼ camt garam

Krim mock
• 50g butter
• 2camb air panas
• 2camb penuh gula aising
• 1camb susu sejuk

Hiasan
1 camb gula aising

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C. lenserkan dulang oven(oven plate) dengan minyak ke atasnya.
2. Ayaklah tepung bersama garam.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
4. Masukkan tepung sekali gus dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu hingga menjadi doh.
5. Masukkan adunan ke dalam mangkuk adunan dan putar selama 3 minit.
6. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Putar 5-10 minit
7. Masukkan adunan yang sejuk ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang atau boleh membentuknya mengguna camca tea.
8. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan krim mock.

Menyedia krim mock
1. Putar lemak dengan gula higga kembang. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan putar lagi.
2. Masukkan susu sejuk dan putar hingga sebati.

Nota: puff krim yang baik mestilah berwarna kuning keemasan, lembut, ringan dan berongga

Saturday, April 10, 2010

PERTANDINGAN MEMASAK DAERAH KERIAN 2010

Aku terima ...andai itu takdirnya..

"kak pah kita datang dengan harapan, tapi pulang dengan kehampaan..." inilah kata2 yang terpacul dari mulutku apabila melihat kelemahan peserta memasak kali ini...mmg membuatkan aku 'frust' betul-betul...."."inilah adat bertanding"...kata cikgu disebelahku....Aku tahu semua tu...biasalah mesti ada yang menang dan kalah...tapi yang membuatkan aku terkilan...apa yang ditegur,diingatkan oleh guru kepada peserta..semasa latihan seolah-olah tak diguna pakai...sedih juga...sedangkan masa latihan 'ok'...

Memang hebat perancangan yang dibuat utk tahun ni..pilihan resipi yang terbaik...guru praktikal turut memberi sumbangan tenaga menyiapkan prop 1 Malaysia...Cikgu Latipah dan C. Azmi juga byk membantu....tapi itulah...sudah takdir namanya...yang penting aku dah buat yang terbaik....





Aku terima ...andai itu takdirnya..



bergambar bersama peserta dan Azmi (perancang layout)...



sekarang aku dah boleh terima ...apa yang dikatakan oleh Ketua hakim..membuatkan aku akur masih terdapat kelemahan pada kumpulan kami...Tapi apa yang menyejukkan hati aku...apabila hakim menyatakan resipi SMKAI memang unik berbanding dengan sekolah yang lain...tapi nak buat macam mana...aku memang sedari tahu peserta kali ni amat... 'slow'.Itupun disebabkan masalah teknikal yang tak terduga.....aku harap mereka(peserta) dapat menghargai peluang(menjadi peserta) yang telah aku berikan dan seterusnya dapat mengaplikasikan segala pembelajaran ini dalam kehidupan..


Aku begitu setuju dengan pemenang pilihan hakim.Hakim memang arif dan adil...Ketua Hakim..dr SMKAI sendiri..Cik Hjh. Hamidah...


inilah ketua Hakim-Cik Hjh. Hamidah...semasa memberi komen..


Inilah keputusannya....

tempat ke 3- SMK. PANGLIMA BUKIT GANTANG

JOHAN- SMK.GUNUNG SEMANGGOL



NAIB JOHAN- SMK SERI PERAK

Moga kami guru-guru dan semua peserta khasnya.. menganggap hari ini merupakan satu pembelajaran baru dan akhirnya dijadikan pengalaman yang berguna untuk dimanfaatkan pada masa hadapan...SEMANGAT KAMI TAKKAN LUNTUR...








dapat naik pentas terima sijil untuk pelajar...kira ok la tu....hehe...


ini adalah antara 11 buah sekolah yang bertanding......










Friday, April 9, 2010

JADI.......!!!!!! JANGAN TAK JADI!!!!

I've already made this decision.CONFIRMMM .masuk competition ni...so...tak payah nk fikir lama2...cari resipi,ubahsuai n..do the experiment..
....and finally..i've got this...

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KERIAN 2010
TEMA: PERAYAAN 1 MALAYSIA
PILIHAN MASAKAN

Puding Cendol Mesra (merebus)


lupa pulak nak buang kulit mempelam ni....kalau buang lagi cantik

Bahan-bahan
Lapisan luar
1 camb Serbuk Nescafe Nestle
1 camb serbuk agar-agar
600ml air
125g gula pasir


Lapisan dalam
100ml air
100ml susu sejat ideal NESTLE-
1 camt (rata) serbuk agar-agar
30g gula pasir
100g cendol
Secubit garam

Hiasan
Bijirin Nestle

Cara membuatnya
Bagi Lapisan Luar
1. Masakkan air,serbuk Nescafe, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan susu . Biarkan mendidih sedikit.
3. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong
Bagi Lapisan dalam
4. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
5. Masukkan susu dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
6. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat.
7. Tuangkan kedalam acuan.
Tips : Sebelum tuang adunan dalam, pastikan adunan luar sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan. Tuang adunan lapisan dalam perlahan-lahan.


Nasi Pilau Muhibbah (mengukus)






Bahan-bahan

200g cawan beras
175ml air
50ml susu sejat Ideal NESTLE
2 camb minyak sapi
1 biji bawang besar}dadu
2 ulas bawang merah}kisar
1 ulas bawang putih} dikisar
½ kiub ayam maggi
4 camb perencah nasi goreng Maggi
1 biji Bunga lawang
1 keping Kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 biji lada hitam
Sedikit serbuk kunyit

Hiasan
5g kismis
10g kepingan badam
Lobak merah

1. Basuh beras, tus dan ketepikan
2. Sediakan pengukus dan didihkan air
3. Panaskan s edikit minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik aroma.
4. Masukkan perencah nasi kandar Maggi dan tambahkan sedikit air .
5. Masukkan kiub ayam Maggi . Kemudian masukkan beras dan serbuk kunyit. Kacau seketika dan tutup api.
6. Masukkan beras ke dalam Loyang dan masukkan cecair. Kukus hingga ¾ masak
7. Dengan api yang kecil,cairkan mentega di dalam kuali dan goreng kismis selama seminit. Angkat dan ketepikan.Goreng pula kepingan badam sehingga kekuningan .angkat dan ketepikan.
8. Taburkan kismis dan badam dan parutan lobak ke atas nasi yang telah ¾ masak.
9. masukkan nasi ke dalam ketupat yang telah dianyam..dan kukus semula..



Daging Bakar Masala (memanggang)




Bahan-bahan perap
300g daging batang pinang
1 biji bawang putih
25g perencah ayam tandoori
1 camb minyak
1 camb yougurt Nestle

Bahan kuah
25g perencah ayam tandoori
2camb susu cair ideal Maggi
2camb yougurt Nestle
4 biji bawang merah } kisar
2 ulas bawang putih- cincang
2 camb sos tomato Maggi
1 camt secukup rasa Maggi
1 sudu besar minyak masak
2camb sos cili
2 helai daun pudina

Bahan kelapa pudina
5 camb kelapa parut}
5 helai daun pudina}
2 tangkai cili padi} kisar semua
2 ulas bawang merah}
Secukup rasa maggi}

Hiasan
Daun pudina
Tomato/
1 biji lada benggala hijau

Cara menyediakan
1. perap daging semalaman dengan perencah ayam tandoori.panggang daging hingga masak.Apabila sejuk hiris nipis-nipis.
2. sediakan bahan kisar kelapa pudina dan masukkan dalam gulungan daging.gulung dengan kemas
2. sediakan bahan kuah.tumiskan bawang putih dan bawang kisar sehingga wangi.. Masukkan perencah ayam tandoori serta sos tomato dan gaul rata.
3. masukkan yougurt nestle dan daun pudina ..
4. akhir sekali tambahkan secukup rasa maggi.
5.tuangkan kuah di atas gulungan daging tadi dan hidangkan..


Sayur bungkus Gong Xi (menggoreng tohor)




Bahan-bahannya:

70gm bunga kobis
70gm brokoli
1 batang lobak merah
4 biji cendawan butang
4 biji sengkuang cina
20gm cendawan telinga tikus
1 camt secukup rasa
1 keping fucuk- rendam hingga kembang

Bahan-bahan perisa
100ml air
2 sudu besar sos tiram Maggi
1 camt secukup rasa
½ mangkuk air pati ayam Maggi
1 camt tepung jagung
50g sayur pak choy


Cara menyediakannya:

1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua jenis sayur kecuali fucuk.
2.masukkan bahan perisa . Angkat dan ketepikan.
3. fucuk dilap kering kemudian dibentangkan didalam mangkuk.Masukkan sayur yang digoreng dan bungkus hingga kemas kemudian kukus selama 10 minit.
4. alihkan bungkusan sayur ke dalam pinggan kemudian potong menyilang di bahagian atas sebelum dilipatkan keempat-empat penjurunya ke atas.
5. sediakan air rebusan pati ayam hingga mendidih dan masukkan bhan perisa dan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan sayur pak choy .Bila kuah menjadi pekat tuang ke atas sayur dan hidang.


bersama k.pah selepas selesai sesi latihan...sampai lewat petang..

Alhamdulillah....within 3 days be4 competiton aku bersama peserta bertungkus lumus menghasilkan pilihan masakan tersebut...3 kali masak 3 x alter resipi...fuhhhh...kerja sehari hampir 12 jam....letih memang letih...tapi
.....yang penting....adalah kepuasan kerja..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List