radar

Sunday, June 4, 2017

Biskut cornflakes madu rangup

1 Pack Nestle Cornflakes (besar)

- 3/4 Buku Buttercup

- 1/2 Tin Susu Pekat

- 5 Sudu Besar Madu

- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)

- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.

2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.

3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.

4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.

5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.

6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.

konflake cornflakes madu sedap rangup

Untuk resepi ni, boleh dapat 3 balang sederhana besar macam ni.

Nota: Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau budget lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Nak guna marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List