radar

Tuesday, June 23, 2015

Cukai oh cukai...

Kadang aku rasa macam x adil je atau aku ni je terlalu skematik..bab2 cukai ni..sebab ada ada kekawan yang gaji lebih tinggi dan pulak tu tanggungan x ramai depa boleh dapat blik kesemua duit depa yang telah dipotong secara PCB dalam slip gaji...sedangkan aku sebaliknya.. mmg xadil..padahal. belanja aku cukup2 utk keperluan..takde la sampai dpt melancong ke luar negara mcm si polan tu...dalam negeri pun tak dapek...apatah lagi nak bermewah2 ni..
Frustrated betoi..tahun 2014 bukan saja gaji aku cukai telan bulat2, aku pulak kena bayar LHDN sbb tak cukup potongan

Ini surat yg aku terima...agaknya surat ni sampai sbb aku tak buat pembayaran terus ke bank setelah e.cukai aku buat.aritu tp dalam. Rm 100>...tertangguh2 sampi dapat surat ni suruh potong dr slip.

Sebelum ni pun kalau dapat duit tu balik dapat dalam rm  seratus lebih je..sedangkan ada kawan lain dapt sampai beribu....mmm..musykil jugak....tapi biarla diaorang.itu urusan depa...urusan aku aku perlu buat ikut apa yg betul
Takpala..mungkin duit yang pergi tu bukan rezeki aku...ku relakan jua...aku redha..
Bu 4 the next time aku wajib....buat betoi2...dan apapun mesti dibuat dengan jujur....kalau ianya hak kita Allah akan kembalikan kpd kita. Klu bukan redha lah..dah bukan milik kita.

Thursday, June 18, 2015

Cucuk yang terakhir..wafiy dah 1 1/2 tahun

4.6.2015
Hari ni cucuk acu yg terakhir... Alhamdulillah..acu sihat cuma acik perkembangan fizikalnya terbantut..sedih la mama..dulu berat bdn 11...something..la ni jadi 10....lebih. Ya ~Allah moga engkau bukakanlah selera makan acik Khalish...hari ni genap umur acik  4 tahun 1 bulan..

Saturday, June 13, 2015

Donut projek masakan ke 2

RESIPI: DONUT SIMPLE GEBU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

Bahan A:
4 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar marjerin

Bahan B: 
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 paket yis/mauripan
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam

Bahan C:
Gula halus/Gula Castor secukup rasa sebagai topping.

Cara-cara:
- Campurkan tepung dan marjerin. Gaul guna tangan sampai sebati.
- Di bekas lain, campurkan yis, susu pekat, gula ke dalam air suam. Tutup dan biarkan seketika sehingga campuran berbuih.
- Bila campuran bahan B sudah berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung, caranya dengan melubangkan tepung di bahagian tengah dan tuang air sedikit semi sedikit, uli dan tuang air sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Uli dengan penuh bersemangat selama 10-15 minit. Agak-agak adunan dah sebati dan comel.
- Rehatkan adunan dalam masa 30 minit - 1 jam. Tutup guna kain basah. Adunan akan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin dan boleh mulakan proses membentuk donut.
- Rehatkan donut yang telah dibentuk, bila dah naik sikit boleh la goreng di dalam minyak banyak yang panas.
- Setelah donut kekuningan bolehlah angkat dan taburkan gula halus (saya guna gula castor).
- Siap dan sedia untuk dingapp

donut comel: ini buatan ayang

Thursday, June 11, 2015

Projek pertama di dapur baru

Oven kt rumah sini dh lama tak beroperasi sbb dh ltak tempat tinggi dek kerana ruang table top db crowded...jadi bila nak membaking db jadi mls sbb kena bawa turun dan sebagainya..leceh aaaa...jadi pilihan masakanku senang cite pakai kaedah kukus je..
Disebabkan dh x mau pakai kuhantar dia (oven)ke rumah baru dok senyap2...hehe...
Hatta tibalah satu saat dimusim cuti sekolah ni terasa nk buat kek utk Khalish...maka beroperasilah aku didapur baru...terpaksalah angkut segala bahan ke rumah baru.
Jadi inilah projek pertama aku..membaking kek  utk khalish (dalam hati tu bila dia nampak kek warna warni tu selera dia nk makan tu datang) disamping menggoreng cucur ikan

Dah lama tak buat kek pelangi ni..

Seronok bekerja di ruang yang luas,xcrowded, kerja jadi mudah, badan x penat..

Tuesday, June 2, 2015

Lala masak pedas

Hari ini isnin..cuti sekolah dh mula. Tapi harith p kelas tambahan utk upsr. Tinggal la adik2 dgn mama...nak bawa ke market hari ni..wafiy nak tinggalkan ddgn mtiah. Seronok alang,kakak dan acik dpt jln2 dgn mama. Yg paling seronok alang bli dia dpt baju bola,acik pun dapat juga...kakak still ok walaupun xdapat apa2...

Bilaa masuk market nampak ada org jual lala...terus plan nak masak lala pedas..depa semua suka sgt dengan lala especially harith...

Memang berbaloi-baloi masak

LALA MASAK PEDAS

1 kilo lala (rm 7.00/kg)
10 biji cili kering
5 biji bawang merah

2 biji bwg putih

1 btg serai (diketuk)

2 caamb sos tiram

Selamat hari lahir yg ke 12 buat Harith

Semoga menjadi. anak yang soleh,cemerlang di dunia dan di akhirat. Tidak meninggalkan solat, menjaga perilaku yang baik, hormat org tua dan sentiasa menyayangi dan memberi contoh yang baik kepada adik-adik yang lain.


Ini kek istimewa utk angah...
Aiskrim je pun ...Aiskrim yg digubah special utk angah . Nk tambah kek dalam tu dah xsempat..hari ni ada LADAP..
JADI ini je la yang mampu dan cepat
Idea dpt dr FB
Ini result ppt harith..ada peningkatan dan penurunan.  Semoga angah boleh buat yg lebih baik dalam percubaan nanti. Semoga Allah berikan semangat dan keazaman yg tinggi dalam dirinya. Dan seterusnya bakal mendapatkan result yg cemerlang dalam UPSR nanti...Aamiin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List