radar

Tuesday, March 30, 2010

JADI KE TAK JADI???!!!!

Nk. masuk pertandingan memasak kali ni....
Tema 2010- menu sihat- Perayaan 1 Malaysia.....
seronok jugak kalau masuk...dapat experience baru lagi...

apa-apa pun nk servei resipi kat internet dlu...

...melayu, cina , india...

semua masakan bg setiap race ni perlu ada...
....

Wednesday, March 24, 2010

NASI TOMATO


NASI TOMATO

2 tin susu beras (1/2 kg)….3 tin air
8 ulas bawang merah..hiris
3 ulas bawang putih…hiris
1 inci halia..hiris
2 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camt jintan manis}
¼ camt jintan putih } tumbuk n ambil air
1 camb ketumbar }
Daun pandan
Daun kari ..jika suka
2 camb minyak sapi/ masak/butter
½ tin tomato puri kecil
½ cawan susu cair}
2 biji air limau kasturi } perah ke dalam susu

Hiasan
Gajus
Kismis
Digoreng dahullu… masuk ke dalam nasi yang telah dimasak….

Cara-cara
1. Cuci beras. Toskan
2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan tomato, tomato puri, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
4. Masaklah nasi macam biasa.
5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng , gajus dan kismis.

Thursday, March 18, 2010

KRIM KARAMEL


bahan-bahannya
karamel
90g gula pasir
2 camb air

kastard/krim
3 biji telur
250ml susu cair
60g gula halus
1/2 camt esen vanila

hiasan.
1 biji ceri merah

cara penyediaan

1. sediakan pengukus

2. menyediakan karamel

a)panaskan gula pasir dan air dalam periuk hingga menjadi kuning

b) tuang karamel panas ke dalam cawan kastard dan pusing cawan dgn pantas hingga bawahnya bersadur dengan rata.biarkan sejuk.

3. menyediakan kastard

a) pukul telur dan gula hingga sebati

b) masuk susu dan esen. kacau rata

c) tuangkan campuran kastard melalui tapis ke dalam cawan yang bersadur dengan karamel

4. mengukus kastard

a) tutp cawan kastard dengan kertas minyak
b) kukus selama 15-20 minit hingga pejal

***** klu nak bakar dalam oven pun boleh, tetapi letakkan acuan dalam dulang pembakar berisi air..bakar dengan suhu rendah selama 30-40 minit

BISKUT SAMPERIT

BAHAN-BAHAN

2 ½ gelas tepung jagung/ 1 tin
½ gelas t.gandum/ t.susu} (80 gm tepung )
¾ gula aising (150g gula ising)
6 biji merah telur (diadun jgn sampai gebu )-
Buttercup 250g (sampai adunan lembut)- gaul ramas

cara penyediaan
1. kedua2 tepung diayak 3 X
2. campurkan gula ising ke dlm tepung.- ratakan
3. pukul merah telur.masuk dalam tepung
4. masuk marjerin sedikit demi sikit –kaedah gaul ramas

Wednesday, March 17, 2010

Ayam Bakar Ala BBQ

menu hari ini disediakan demi memenuhi permintaan suami aku...dah lama dia tak makan, katanya......
"ok la sayang...i buatkan untuk u ye...u p la ofis u.siapkan keja u...nti bila dh siap i sms...."
macamtu lah rutin mingguan aku..hari cutipun..suami aku akan bekerja...dan aku akan sms bila makanan dah siap..."bang...hidangan dh siap.."hehehe..........




Ayam Bakar Ala BBQ
Sumber: Majalah Wanita

Bahan-Bahan:
1ekor ayam
500 gm bawang merah
49 gm kunyit basah
40 gm halia
4 batang serai
30 gm bawang putih 3 sudu kecil madu lebah
3 sudu kecil jintan putih
3 sudu jintan manis
Sedikit minyak jagung
3 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara:
Ayam dibasuh serta tuskan airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan garam.

Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam.

Selepas itu, bolehlah dibakar di atas pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.

Sunday, March 14, 2010

KEK BANTAL/BAN KISMIS





inilah rupa ban kismis.... tapi
kalau adunan ini ditambah susu cair dan dibakar dalam acuan roti.....
maka hasilnya akan jadi begini...... dan namanya pun bertukar kepada......

Kek bantal..... semasa diterbalikkan memang nampak macam bantal sebab lembut dibahagian bawah.....

bahan-bahan

#125g tepung gandum
#1 camt rata bahan penaik...
#diayak bersama
45g kismis
15g kulit limau campurg
45g marjerin/mentega
45g gula halus
*1 biji telur...
*1 camt esen vanila ....
*dipukul bersama

cara penyediaan
1. sediakan dulang pembakar n panaskan oven 200C
2. sediakan doh ban
a) gaul dan ramas lemak dan tepung
b) masukkan kismis,kulit limau dan gula halus. kacau rata.
3. menyediakan ban kismis
a) masukkan campuran telur dan esen
b) kacau dengan garpu untuk menjadikan doh yang kental
c) bahagikan adunan kepada 8 bahagian yang sama dan letakkan dalam dulang pembakar.
4. bakar ban selama 15-20 minit hingga kuning emas
5. sejukkan di atas redai kek dan hidangkan
variasi
kek bantal
a) campurkan 1-3 camb susu untuk menjadi adunan pekat yang dapat jatuh bertitis
b) tuangkan adunan kek bantal ke dalam acuan roti kecil
c) bakar 30-40 minit dlm suhu 190C

Saturday, March 13, 2010

KEK PELANGI




bahan-bahan

150g tepung gandum
1camt serbuk penaik
150g marjerin
135g gula halus
3 biji telur 1 camt. esen vanila
sedikit pewarna...merah n hijau(boleh gunakan warna yang disukai)

Kaedah membuat
1.Alas dan gris acuan kek.panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.penyediaan adunan :
a. Marjerin dan gula diputar sehingga kembang dan putih.
b. Masukkan campuran telur sedikit demi sedikit, kemudian putar.
c. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan aduanan sehingga sebati.
d. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.bahagian pertama diwarnakan merah.bahagian kedua diwarnakan hijau dan bahagian ke3 dikekalkan warna adunan.
e. masukkan adunan bahagian pertama, diikuti bahagian kedua dan bahagian ke3 ke dlm acuan kek
3. bakar adunan dalam ketuhar selama 40-50 minit.
4. angkat dan sejukkan.
5. hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List